Biarpun anda adalah seorang fashionista, pasti adakalanya anda akan berasa runsing dan keliru dengan pemakaian bagaimana yang harus dipakai untuk gaya seharian. Usah bimbang jika anda mengalami situasi tersebut kerana ia juga berlaku pada ramai wanita di luar sana. Sebagai panduan, kami kongsikan beberapa petua yang boleh anda aplikasikan saat ingin menentukan gaya seharian.
1)Kenali bentuk tubuh
Perkara utama yang harus anda ketahui adalah mengenali dan memahami bentuk fizikal sendiri. Saiz yang betul dan ukuran badan seperti dada, pinggang dan punggung yang padan perlu diambil kira dalam memastikan busana yang dibeli tampak cantik dan kemas apabila disarungkan pada tubuh anda.
2)Pemakaian korset
Lindungi benjolan lemak terutama di sekitar bahagian pinggang dengan penggunaan korset yang sesuai. Selain mengemaskan bentuk tubuh, korset juga membantu anda agar kelihatan langsing.
3)Less is more
Elakkan daripada mengguna banyak aksesori dalam penampilan. Selain membuatkan anda kelihatan seperti patung pameran bergerak, aksesori yang sarat juga akan menyukarkan pergerakan anda. Justeru, pilih aksesori yang minimum sebagai pelengkap gaya. Sebagai contoh, gabungkan pemakaian rantai leher dan anting-anting atau gelang tangan dan sebentuk cincin. Anda tidak perlu mengenakan kesemua aksesori tersebut.
4)Pakaian Dalam
Walaupun berada di balik busana, namun pemakaiannya mestilah selesa dan betul. Sebaiknya, pakai bra yang sesuai dengan ukuran dada anda agar kelihatan kemas dan cantik. Pakaian dalam yang baik juga akan mempengaruhi penampilan dan tahap keyakinan seseorang. Jadi, jangan ambil enteng perkara ini ya!

No comments:
Post a Comment